Windows 11 Dikemaskini Untuk Memudahkan Pengguna Menukar Pelayar Web
Secara lalai Microsoft Edge ialah pelayar web pada sistem operasi Windows 11. Pengguna boleh mengubahkan ke pelayar web lain tetapi Microsoft dikritik kerana prosesnya lebih sukar dari sepatutnya. Beberapa bulan selepas dikritik, Microsoft memberikan kemas kini yang memudahkan pengguna menukarnya dengan semudah sekali klik.
Pengguna hanya perlu pergi ke tetapan aplikasi dan kemudiannya memilih aplikasi lalai untuk melayari web. Tekan sekali sahaja untuk mengubah tidak seperti sebelum ini Windows 11 meminta pengguna memilih aplikasi lalai berbeza untuk HTTP, HTTPS, .HTML, and .HTM. Kemas kini Windows 11 anda ke versi OS Build 22000.593 untuk menggunakan ciri ini.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment