Xiaomi Memperlihatkan Teknologi Pengecasan Magnetik – Turut Hadir Dengan Ciri Penyejukkan
Buat masa ini, salah satu teknologi yang ditawarkan melalui iPhone yang masih belum terdapat pada peranti Android secara meluas adalah sokongan pengecasan magnetik. Namun, hal berkenaan dijangka berubah tidak lama lagi.
Beberapa pihak sedia memperlihatkan konsep atau teknologi yang sedang dibangunkan mereka, dan terbaru Xiaomi turut memperlihatkan teknologi pengecasan magnetik mereka tersendiri.
Masih pada peringkat awal kajian lagi, ia membolehkan pengecasan magnetik pada kadar kelajuan antara 30W ke 50W. Penawaran ciri ini dijayakan melalui gabungan penggunaan pengecas nirwayar dan juga pengecasan magnetik.
Salah satu cabaran yang cuba diselesaikan Xiaomi adalah peningkatan haba yang tinggi – membuatkan ia sukar dicas dengan pantas. Xiaomi menggunakan teknologi pengaruhan kecil dan penyerapan magnetik untuk menjayakan serta mengatasi masalah berkenaan.
Xiaomi mengatakan mereka berjaya mengurangkan tenaga yang hilang ketika pengecasan, selain turut membolehkan ia dicas dengan lebih pantas berbanding lain.
Melalui pengecas magnetik Xiaomi, mereka berjaya mengecas penuh bateri 5000mAh dalam masa 86 minit pada kelajuan 30W. Pengecas magnetik ini juga dilengkapi kepintaran tersendiri yang membolehkan ia mengawal pengecasan berdasarkan kepada suhu telefon pintar berkenaan.
Disamping itu, Xiaomi juga turut memperlihatkan pengecas magnetik bersama ciri penyejukkan – membolehkan ia mengecas dan mengurangkan suhu sebanyak 20 darjah dalam masa hanya seminit. Pengecas ini hadir dengan sokongan pengecasan 50W – membolehkan peranti dicas penuh dengan lebih pantas, iaitu dalam masa 49 minit.
Apa pun, buat masa ini, ia masih pada peringkat awal kajian, dan tidak diketahui lagi bilakah Xiaomi akan komersilkannya.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment