Hi! Welcome Back and Stay Tune! China Ingin Bangunkan Sistem Pertahanan Asteroid – Serang Asteroid Untuk Ubah Orbit, Dan Lindungi Bumi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

China Ingin Bangunkan Sistem Pertahanan Asteroid – Serang Asteroid Untuk Ubah Orbit, Dan Lindungi Bumi


China kini merancang untuk bangunkan sebuah sistem pertahanan dan pemantauan asteroid – sekaligus melindungi Bumi daripada ancaman asteroid.

Sistem ini akan memantau pelbagai pergerakkan di angkasa lepas, termasuk memantau sejumlah asteroid. Pada masa yang sama, China juga turut akan membangunkan sistem perlindungan daripada asteroid – bukan sahaja daripada menghentam Bumi, tetapi juga daripada menjejaskan sebarang kapal angkasa.

Sebagai permulaan, sistem amaran dan pemantauan akan dibangunkan, selain diperluaskan kepada menganalisa dan juga mengatasi ancaman yang dibawakan asteroid.

Salah satu kaedah adalah termasuk dengan menyerang asteroid – mungkin dengan melanggar asteroid menggunakan kapal angkasa, sekaligus memecahkannya atau mengubah orbit ia ke arah lain.

Misi dan eksperimen teknikal awal dijangka akan dilaksanakan oleh China seawal 2025 kelak.

Bercakap mengenai peristiwa melibatkan asteroid, paling terakhir pada 2013 lepas, terdapat sebuah asteroid memberikan impak di Rusia, membawa kepada kecederaan melibatkan 1,500 orang, dan kerosakkan pada lebih 3000 buah rumah.

Dengan misi daripada China ini, ia dijangka akan melindungi Bumi, dan mengelak daripada ancaman besar oleh asteroid.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.