Imej Pengolokan OnePlus Nord 2T Tertiris – Hadir Dengan Rekaan Kamera Unik
OnePlus telah berhenti menggunakan nama “T” untuk peranti mercu mereka. Kali terakhir adalah dengan OnePlus 8, iaitu 8T. Pada 9 hanya ada biasa dan Pro dan setakat artikel ini ditulis OnePlus 10 hanya ada Pro dan versi biasa dikatakan akan hadir dalam kuantiti terhad dan Ultra pula akan menjadi fokus baharu.
Nama “T” itu OnePlus dilihat telah membawanya ke siri Nord, dengan peranti pertama dikhabarkan adalah OnePlus Nord 2T.
Spesifikasi peranti ini telah pun tertiris sebelum ini. Ia dijangka akan hadir dengan skrin 6.43-inci AMOLED 90Hz, dijana cip Dimensity 1300, memori sehingga 12GB RAM dengan storan dalaman mencapai 256GB. Konfigurasi kamera adalah tri-kamera dengan sensor 50+8+2 Megapixel, kamera swafoto 32 Megapixel, bateri 4500mAh dan pengecsan SuperVOOC 80W sama seperti OnePlus 10 Pro.
Peranti ini turut akan hadir dengan rekaan belakang lebih unik, lebih-lebih lagi pada modul kamera. Imej pengolokan yang didedahkan oleh Yogesh Brar baru-baru ini memperlihatkan rekaan peranti dengan leih jelas dalam warna perak. Bentuk modul kamera dilihat lebih kurang sama dengan apa yang Oppo dan Realme gunakan. Namun susunan sensor kamera dilihat berbeza dengan sensor utama besar di atas, di bawah pula ada dua sensor kecil di susun seakan bersilang dan di sisi ada dua lampu LED flash di atas dan bawah.
Peranti turut dijangka akan hadir dengan kemasan Sandstone seperti OnePlus One dan OnePlus Two dahulu.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment