Hi! Welcome Back and Stay Tune! iPad Air Dengan Sokongan 5G, Cip Apple M1 Kini Boleh Dibeli Di Malaysia, Bermula RM2699 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

iPad Air Dengan Sokongan 5G, Cip Apple M1 Kini Boleh Dibeli Di Malaysia, Bermula RM2699


Apple Malaysia kini telah mula menawarkan tablet terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu iPad Air 2022.

Apple iPad Air ini hadir dengan rekaan yang nipis, dan menariknya kini ia menyertakan sokongan rangkaian 5G. Tidak itu sahaja, tablet ini turut dijana dengan cip berkuasa tinggi, Apple M1 – yang turut digunakan pada MacBook keluaran Apple.

Dengan pemprosesan tinggi ini, ia sekaligus membolehkan anda melakukan sejumlah tugasan berat – termasuk penyuntingan video. iPad Air juga turut hadir dengan sokongan USB-C yang kini menawarkan kadar pemindahan dua kali ganda berbanding sebelum ini.

Apple juga kini membawakan ciri Center Stage ke tablet iPad Air, membolehkan ia digunakan untuk fokus ketika melakukan panggilan video. Disamping itu, tablet ini turut menyokong input berasaskan Apple Pencil generasi kedua.

Di Malaysia, iPad Air ditawarkan pada harga bermula RM2699 untuk model WiFi, sementara bermula RM3349 untuk model selular 5G.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.