Hi! Welcome Back and Stay Tune! Meta Ingin Memperkenalkan Kaca Mata AR Seawal 2024 – Dengan Sokongan Interaksi Hologram - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Meta Ingin Memperkenalkan Kaca Mata AR Seawal 2024 – Dengan Sokongan Interaksi Hologram


Meta sedia melakukan pelaburan tinggi dalam pembangunan peranti boleh-pakai – sekaligus memperluaskan penggunaan dan kaedah interaksi serba baharu selari perkembangan teknologi.

Buat masa ini, Meta sedia bekerjasama dengan Ray-Ban dalam memperkenalkan kaca mata pintar biasa. Namun, bergerak kehadapan, Meta menyasarkan untuk turut hadir dengan kaca mata pintar dengan integrasi teknologi realiti-terimbuh (AR).

Mengikut laporan The Verge, Meta menyasarkan untuk memperkenalkan kaca mata AR mereka seawal tahu 2024 kelak. Dua variasi dijangka diperkenalkan – iaitu satu berspesifikasi tinggi, sementara satu lagi dengan penawaran asas.

Kaca mata AR ini dijangka akan menawarkan sejumlah ciri-ciri menarik, termasuk kaedah interaksi secara hologram melalui kaca mata berkenaan. Kaca mata ini juga dijangka akan boleh beroperasi tanpa perlu bergantung atau dipautkan ke telefon pintar.

Meta Hologram

Apa pun, laporan sama turut mengatakan Meta sedia menghadapi cabaran dalam membangunkan kaca mata pintar AR mereka ini.

Dengan berbaki dua tahun, ia dilihat pelbagai syarikat turut sedang bersaing untuk memperkenalkan peranti AR masing-masing. Selain Meta, Apple turut dijangka memperkenalkan set kepala AR mereka seawal tahun ini atau 2023 kelak. Sementara Google pula masih berdiam diri dalam arena ini buat masa ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.