Hi! Welcome Back and Stay Tune! Oppo A16 Dengan Variasi 4GB RAM Dan 64GB Storan Kini Ditawarkan Pada RM599 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Oppo A16 Dengan Variasi 4GB RAM Dan 64GB Storan Kini Ditawarkan Pada RM599


Oppo A16 merupakan sebuah peranti pintar berspesifikasi kelas asas menerusi janaan cip MediaTek Helio G35. Bersama-sama denganya, ia turut dilengkapi beberapa fungsi menarik lain dalam kelasnya seperti bateri 5,000mAh, skrin besar dan sistem tri-kamera lengkap dengan teknologi AI.

Bercakap lebih lanjut mengenainya, Oppo A16 (4GB/64GB) kini boleh dibeli pada RM599 sahaja. Kemas kini harga ini menunjukkan potongan harga sebanyak RM50 diberikan berbanding harga asalnya iaitu RM649. Bagi yang berminat, ia boleh didapati menerusi kedai atas talian Oppo bermula hari ini dengan dua pilihan warna seperti Space Silver dan Pearl Blue.

Untuk spesifikasi khusus, Oppo A16 didatangkan dengan skrin bersaiz 6.52-inci LCD dengan resolusi HD+ (720 x 1600 piksel). Ia kemudiannya dipadakan dengan cip MediaTek Helio G35, memori sebesar 3GB RAM (LPDDR4x ), storan dalaman 32GB (eMMC 5.1) dan bateri berkapasiti 5,000mAh.

Seterusnya, sistem tri-kamera yang digunakan terdiri dengan 13-Megapixel (utama) + 2-Megapixel (makro) + 2-Megapixel (monokrom). Kemudian, kamera hadapan 8-Megapixel turut disertakan bagi tujuan tangkapan gambar swafoto dan panggilan video. Lain-lain spesifikasi termasuklah pengimbas cap jari sisi, Bluetooth 5.0, bicu audio 3.5mm, ColorOS 11.1 berasakan Android 11 dan lain-lain.

Sumber : Oppo Malaysia



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.