Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelaksanaan Perkhidmatan 5G Di Malaysia Mungkin Sedikit Lambat – Persetujuan Semua Pihak Dijangka Pada Jun 2022 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelaksanaan Perkhidmatan 5G Di Malaysia Mungkin Sedikit Lambat – Persetujuan Semua Pihak Dijangka Pada Jun 2022


Pelaksanaan 5G di Malaysia secara menyeluruh dan aktif oleh semua syarikat telekomunikasi mungkin masih sedikit lambat lagi. Syarikat telekomunikasi, Digital Nasional Berhad, serta SKMM dijangka akan dapat mencapai kata sepakat dan persetujuan yang memuaskan semua pihak mejelang Jun 2022 kelak.

Malah, menurut penganalisa Kenanga Research, syarikat telekomunikasi masih mengambil pendekatan berhati-hati terhadap rancangan 5G, termasuk masih meneliti model Rangkaian Borong Tunggal (SWN) atas beberapa faktor.

Antaranya adalah melibatkan persetujuan harga dan tahap perkhidmatan – termasuk risau sambungan 5G berpotensi lemah pada awal pelaksanaan yang mungkin memberikan kesan terhadap reputasi syarikat telekomunikasi.

Sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan Malaysia akan kekal dengan model Rangkaian Borong Tunggal melalui DNB, tetapi syarikat telekomunikasi akan ditawarkan penyertaan ekuiti sebanyak 70%.

5G Malaysia

Pada hari ini, hanya Yes sahaja yang menawarkan rangkaian 5G melalui infrastruktur DNB – dan masih tedapat kekangan seperti telefon tertentu yang belum serasi dengan rangkaian DNB – termasuk iPhone.

Sumber : Berita Harian


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.