Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penipuan Melalui Penyamaran Sebagai Rakan Dan Kenalan Semakin Meningkat Di Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penipuan Melalui Penyamaran Sebagai Rakan Dan Kenalan Semakin Meningkat Di Malaysia


Polis Diraja Malaysia kini berkongsi berkenaan salah satu kaedah penipuan yang semakin meningkat, iaitu penipuan melalui penyamaran sebagai rakan atau kenalan melalui media sosial atau aplikasi permesejan WhatsApp dan Telegram.

Melaluinya, si penipu akan menyamar sebagai rakan, seterusnya menghubungi mangsa melalui WhatsApp, Telegram, Facebook dan sebagainya. Alasan digunakan untuk meminjam wang.

Pada 2021, sejumlah 778 kes telah dilaporkan melibatkan kerugian berjumlah RM4.8 juta. Pada tiga tahun pertama 2022 sahaja, sejumlah 314 kes dicatatkan, dengan kerugian RM2.3 juta.

Telegram

PDRM turut berkongsi mengatakan sejak awal 2022, sindiket ini melakukan penggodaman ke atas akaun Telegram milik mangsa dan menghubungu senarai rakan mangsa untuk meminjam wang.

Sebagai langkah pencegahan, PDRM meminta pengguna mengaktifkan ciri penetapan PIN pada akaun Telegram. Melaluinya, tahap keselamatan dapat dipertingkatkan.

Pada masa yang sama, orang raami dinasihatkan untuk tidak mudah percaya dengan mesej pinjam wang yang diterima dari kenalan, terutama apabila akaun bank yang digunakan adalah milik individu lain. Lakukan semakan dengan menghubungi kenala tersebut bagi tujuan pengesahan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.