Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Galaxy Z Fold4 Mungkin Tidak Akan Menyertakan Ruangan S Pen Untuk Rekaan Lebih Nipis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Galaxy Z Fold4 Mungkin Tidak Akan Menyertakan Ruangan S Pen Untuk Rekaan Lebih Nipis


Samsung Galaxy Z Fold4 mungkin akan dilancarkan pada sekitar bulan Ogos akan datang. Ia akan menggantikan peranti Galaxy Z Fold3 yang mana pada hemat kami adalah antara peranti dengan skrin boleh lipat terbaik.

Peranti Galaxy Z Fold3 adalah pertama yang menyokong stilus S Pen, di mana generasi peranti skrin boleh lipat Samsung sebelum ini tidak ada. Beberapa bulan lalu, Samsung dikhabarkan akan menyertakan ruangan menyimpan S Pen secara terbina pada Z Fold4 agar pengguna tidak lagi perlu membeli selongsong mahal untuk simpan dan risau S Pen yang mahal akan hilang.

Fold3 S-Pen

Menurut Ice universe baru-baru ini, Samsung Galaxy Z Fold4 tidak akan menyertakan ruangan untuk S Pen dan peranti pula akan direka dengan rekaan yang lebih nipis berbanding generasi sebelumnya. Ia juga akan mempunyai saiz yang lebih kecil, kamera setaraf Galaxy S22, dan akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 1+ binaan TSMC.

Ini bermakna pengguna perlu membeli lagi selongsong dan mengambil risiko untuk menjaga S Pen masing-masing. Sama-sama kita nantikan butiran lanjut mengenai peranti ini nanti.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.