TikTok Di Asia Tenggara : Lebih 800 Juta Video Diterbitkan, 1 Trilion Tontonan Setiap Bulan
TikTok hari ini berkongsi beberapa perkembangan pada platform mereka, termasuk berkaitan tontonan dan video yang diterbitkan pada platform TikTok setiap bulan.
Menurut TikTok, di rantau Asia Tenggara sahaja, setiap bulan sebanyak 800 juta video diterbitkan – memperlihatkan angka penerbit kandungan yang sangat tinggi pada platform berkenaan.
Pada masa yang sama, ini membawa kepada lebih 1 trilion tontonan setiap bulan – suatu angka yang sangat tinggi berbanding pelbagai platform lain.
Dengan perkembangan ini, TikTok terus dilihat memfokuskan kepada penerbitan kandungan – sekaligus mengekalkan platform mereka kekal ceria dan aktif.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment