Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tol Percuma Raya : Pengguna Masih Perlu Menyentuh Kad TNG, Imbas SmartTAG Atau RFID - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tol Percuma Raya : Pengguna Masih Perlu Menyentuh Kad TNG, Imbas SmartTAG Atau RFID


Kerajaan telah pun mengumumkan penawaran tol percuma bersempena Hari Raya Aidilfitri untuk balik kampung dan juga pulang kembali – di lebuhraya PLUS dan LPT. Tol percuma ini ditawarkan selama empat hari, iaitu pada 30 April 2022, 1 Mei 2022, 7 Mei 2022 dan juga 8 Mei 2022.

Berkongsi lanjut mengenainya, pihak PLUS kini mengatakan pengguna masih perlu menyentuh kad Touch ’n Gi atau mengimbas SmartTAG atau RFID ketika memasuki tol. Walaubagaimanapun, tiada sebarang bayaran tol akan dikenakan atau ditolak untuk tempoh tersebut.

Hal ini adalah dalam usaha membolehkan pihak PLUS merekodkan data trafik yang melalui lebuhraya.

Pihak PLUS turut menyarankan orang ramai menyemak keadaan trafik di lebuhraya melalui aplikasi PLUS, serta turut mengikut cadangan waktu yang disarankan dalam mengelak tersangkut dalam kesesakan jalan raya.

Sumber : Berita Harian


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.