USM Menjadi Pertama Memperkenalkan Perpustakaan Dengan Konsep Metamesta
Universiti Sains Malaysia hari ini memperkenalkan perpustakaan dengan konsep “metamesta”, atau realiti-maya – sekaligus menjadi antara universiti terawal di Malaysia memperkenalkannya.
Dengan langkah ini, ia sekaligus membolehkan para pelajar dan orang ramai dalam mendapatkan maklumat dalam bentuk tiga dimensi. Selain mencari maklumat, ia juga boleh digunakan dalam melihat imej, model anatomi, dan sebagainya dalam format tiga dimensi.
Perpustakaan metamesta ini diperkenalkan oleh Institut Perubatan dan Pergigian Termaju di USM – dengan fokus terhadap lebih kepada perubatan.
Untuk mengaksesnya, seseorang memerlukan peranti khusus realiti-maya, dan mengakses sistem dalaman atas-talian yang dibangunkan dinamakan Portal GoVR.
Langkah perpustakaan metamesta ini juga dijangka akan meningkatkan lagi kualiti dan keberkesanan pengajaran dan latihan di USM – terutamanya dalam melihat model anatomi perubatan, dan lain-lain dalam bentuk 3D.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment