Xiaomi Mix Fold 2 Mungkin Mempunyai Rekaan Lebih Nipis
Terdahulu, timbul desas-desus mengatakan peranti dengan skrin boleh-lipat Xiaomi mungkin diperkenalkan sekitar bulan Jun akan datang. Biarpun belum ada kepastian, namun menurut spekulasi awal ia mungkin dikenali sebagai Xiaomi Mix Fold 2. Terdapat beberapa penambahbaikan yang mungkin dibuat Xiaomi pada model kali ini, baik dari aspek rekaan mahupun dalamannya.
Melaluinya, ia dikhabarkan hadir dengan modul kamera yang besar pada panel belakang. Ianya akan diletakkan pada sudut kiri atas. Seterusnya, sisi peranti pula akan berbentuk empat segi tepat yang sudah semestinya mampu memberi keselesaan sewaktu dipegang. Ia juga akan mempunyai tubuh yang agak nipis dan ringan, maka kapasiti bateri besar kemungkinan lebih kecil berbanding pendahulunya. Tidak ketinggalan, rekaan engsel turut dikemaskini bagi menjadikan paparan utama peranti kelihatan lebih kecil dan mudah digunakan.
Xiaomi Mix Fold 2 dikhabarkan hadir dengan skrin sebesar 8-inci untuk paparan utama. Kemudiannya, saiz untuk skrin sekunder pula sebesar 6.5-inci. Dalam pada itu, ia juga mungkin menyokong kadar segar semula tinggi, di samping cip pemproses Snapdragon 8 Gen1. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya berhubung perkara ini.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment