Apple Watch Series 8 Mungkin Boleh Pantau Suhu Badan – Sekiranya Algoritma Berjaya
Apple sering memperkenalkan kemaskini untuk jam tangan pintar mereka pada setiap tahun, dan tahun ini, Apple dijangka memperkenalkan Apple Watch Series 8.
Terbaru, mengikut Ming-Chi Kuo, Apple dijangka memperkenalkan sokongan untuk memantau suhu badan pemakai. Apa pun, ia masih bergantung kepada kejayaan algoritma yang dibangunkan Apple.
Buat masa ini, salah satu cabaran adalah dalam memantau suhu badan yang tepat – dan mengelak ia dipengaruhi oleh suhu persekitaran. Disebabkan oleh hal ini, algoritma yang tepat diperlukan dalam memastikan paparan suhu badan yang jitu.
Selain Apple, pihak Samsung juga dilihat menghadapi cabaran dalam mengimplementasi ciri sama pada jam tangan pintar mereka.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment