Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dua Syarikat Cip Rusia Dikenakan Sekatan Daripada Mengakses Teknologi ARM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dua Syarikat Cip Rusia Dikenakan Sekatan Daripada Mengakses Teknologi ARM


Sekatan perdagangan ke atas Rusia kini dikembangkan pula kepada sekatan teknologi oleh kerajaan United Kingdom kerana Konflik Ukraine. Sebanyak 65 entiti Rusia kini dimasukkan ke dalam senarai sekatan yang menghalang mereka dari menggunakan teknologi dari UK. Dua daripadanya ialah Baikal Electronics dan MCST (Moscow Center of SPARC Technologies) yang merupakan syarikat pengeluar cip Rusia.

Kedua-dua syarikat tidak dapat lagi menggunakan teknologi milik ARM yang merupakan syarikat yang berpangkalan di UK. Sejak halangan dikenakan ke atas Rusia, kedua-dua syarikat meningkatkan pengeluaran cip rekaan tempatan bagi mengikis kekosongan yang ditinggalkan oleh Intel dan AMD.

Cip yang dihasilkan walaupun bukan yang berteknologi tinggi diperlukan untuk kelangsungan infrastruktur IT di Rusia. Baikal mempunyai lesen menghasilkan cip teknologi 16nm tetapi dengan sekatan yang dikenakan mereka pastinya meneruskan pengeluaran tanpa kebenaran. Faundri lain di Rusia hanya mampu mengeluarkan cip 90nm yang sudah ketinggalan zaman.

Kerajaan Rusia telah mengumumkan pelaburan 3.19 trillion Rubles (~RM209 bilion) bagi meningkatkan kemampuan pengeluaran cip negara dengan harapan cip 28nm boleh dihasilkan menjelang 2030.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.