MDEC Menafikan Mesej Tular Yang Menawarkan Kerja Menerusi SMS
Pihak MDEC telah menafikan bahawa mesej penawaran kerja yang menawarkan gaji harian yang lumayan. Mesej mula diterima sejak seminggu yang lalu dengan ramai tertanya-tanya sama ada ianya benar ataupun tidak. Dengan pengesahan dari pihak MDEC diharap orang ramai tidak akan mudah tertipu dengan pelbagai skim penipuan yang meningkat sejak akhir-akhir ini.
Seperti yang kami kerap laporkan, terdapat pelbagai skim penipuan atas talian yang menggunakan aplikasi pemesejan dan juga SMS. Sepanjang 2020 misalnya, kerugian mencecah RM287 juta akibat penipuan atas talian telah dilaporkan di Malaysia. Oleh itu jangan mudah terpedaya dengan mesej yang diterima.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment