Hi! Welcome Back and Stay Tune! OnePlus Nord 2T Kini Rasmi Dengan Cip MediaTek, Pengecasan 80W - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

OnePlus Nord 2T Kini Rasmi Dengan Cip MediaTek, Pengecasan 80W


OnePlus hari ini secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar dibawah keluarga Nord terbaru, iaitu OnePlus Nord 2T. Buat masa ini, telefon ini diumumkan di Eropah, dan dijangka diperluaskan ke negara-negara lain.

OnePlus Nord 2T hadir dengan skrin bersaiz 6.43-inci AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz, dijana cip MediaTek Dimensity 1300, memori sehingga 12GB RAM, dan storan sehingga 256GB.

Telefon pintar ini menyokong rangkaian 5G, dan hadir bersama bateri 4500mAh serta sokongan pengecasan 80W berwayar. OnePlus Nord 2T dilengkapi Android 12 dengan antaramuka OxygenOS 12.1 padanya.

Pada bahagian kamera pula, OnePlus Nord 2T dilengkapi tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP (OIS), sensor 8MP ultra-lebar dan 2MP kedalaman. Ia turut dilengkapi kamera swafoto 32MP dihadapan.

Buat masa ini, ia hanya diumumkan di Eropah sahaja. Sama-sama kita nantikan ia diperluaskan dan diumumkan untuk pasaran Malaysia.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.