Hi! Welcome Back and Stay Tune! Oppo Find X5 Pro 5G Akan Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Oppo Find X5 Pro 5G Akan Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi


Barisan peranti di bawah siri Oppo Find X sedia terkenal dengan penawaran berspesifikasi mercu yang menarik. Bercakap lebih lanjut mengenainya, siri Oppo Find X5 merupakan model paling terkini yang telah diperkenalkan dengan sejumlah ciri dan fungsi yang dipertingkatkan.

Ia merangkumi sistem kamera yang dikuasakan oleh MariSilicon X dan dua sensor Sony IMX766. Di samping itu, ia turut dibekalkan dengan skrin 120Hz, cip pemproses dengan prestasi 5G dan bateri yang menyokong pengecasan 80W.

Memetik perkongsian terkini Oppo Malaysia, mereka dilihat berkongsi perancangan untuk membawa masuk Oppo Find X5 Pro 5G ke pasaran Malaysia. Acara pelancarannya dijadualkan berlangsung pada 18 Mei 2022, dalam masa sama Oppo turut telah memulakan pendaftaran minat buat peranti berkenaan menerusi pautan ini.

Setakat artikel ditulis, Oppo dilihat sekadar mengacah kehadiran untuk variasi pro sahaja. Tidak dapat dipastikan sama ada mereka akan turut menawarkan beberapa variasi lain bersama-sama dengannya atau sebaliknya. Sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya kelak.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.