Hi! Welcome Back and Stay Tune! Devialet Hadir Dengan “Euphony” – Penyandar Kepala Kerusi Pesawat Dengan Speaker Premium Terbina - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Devialet Hadir Dengan “Euphony” – Penyandar Kepala Kerusi Pesawat Dengan Speaker Premium Terbina


Devialet adalah syarikat teknologi yang terkenal dengan produk audio mewah dan premium. Mereka baru sahaja menyertai arena produk audio mampu milik, namun penjualannya tidak cukup meluas. Sebelum ini mereka baru sahaja melancarkan sound bar Dione dengan bebola boleh putar untuk laras audio.

Terkini Devialet telah bekerjasama dengan Safran, iaitu syarikat yang terkenal dengan produk seperti peralatan mendarat pesawat, tandas dalam pesawat, dan turut bertanggungjawab untuk Safran Seats yang menghasilkan kerusi pesawat untuk kelas usahawan, kelas pertama atau kabin peribadi dalam pesawat.

Melalui kerjasama ini, Devialet dan Safran hadir dengan Euphony – iaitu set pembesar kepada yang terbina terus pada penyandar kepala kerusi pesawat. Dua pembesar suara terbina ini menggunakan teknologi akustik dan dengan penalaan akustik Devialet. Pembesar suara yang digunakan juga ditempah khas dan bukannya produk sedia ada.

Euphony ini akan memberikan kualiti audio dengan fideliti-tinggi, jelas dan memberi pendengar pengalaman imersif audio premium yang bebas wayar. Ia juga mempunyai sistem laras audio di masa-nyata untuk tidak mengganggu penumpang lain.

Pengalaman ini juga disasarkan untuk pesawat yang menawarkan tempat duduk kelas usahawan dan kelas pertama sahaja. Euphony hanya akan mula digunakan dalam pesawat pada tahun 2023 akan datang.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.