Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kuo – MacBook 15-Inci Dijangka Tiba Pada 2023 Dengan Pilihan Cip M2 Atau M2 Pro - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kuo – MacBook 15-Inci Dijangka Tiba Pada 2023 Dengan Pilihan Cip M2 Atau M2 Pro


Semasa acara WWDC 2022, Apple telah melancarkan dua MacBook baharu iaitu MacBook Air dengan cip M2 dan juga MacBook Pro 13″ yang sama dengan dulu tapi dijana cip M2. Selepas sahaja acara ini, terdapat laporan yang TSMC akan memulakan produksi cip M2 Pro dengan rekaan 3nm pada hujung tahun.

Ming-Chi Kuo yang terkenal dengan analisa dan maklumat mengenai Apple baru-baru ini, mendakwa yang Apple pada tahun 2023 nanti mungkin akan menawarkan MacBook 15″. Ia akan mula dihasilkan pada separuh pertama 2023 dan pelancaran akan bermula pada suku kedua 2023.

MacBook Pro Takuk

MacBook 15-inci ini akan hadir dengan pilihan cip Apple M2 dengan pengecas 35W dan cip Apple M2 Pro dengan pengecas 67W. Menurut beliau, masih tiada khabar sama ada MacBook 12-inci akan dihasilkan ataupun tidak. Turut tidak pasti jika MacBook ini adalah dalam kategori baru atau model Pro.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini juga, Apple bukan sahaja akan hadir dengan MacBook saiz 15-inci. Tetapi iPad dengan saiz 14-inci juga mungkin akan dihasilkan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.