Kuo – Usaha Apple Membina Modem 5G Sendiri Menemui Kegagalan
Ming-Chi Kuo penganalisa yang kerap kali meramalkan apa yang akan berlaku khususnya untuk produk Apple pagi ini mengatakan usaha Apple untuk membangunkan modem 5G rekaan sendiri telah menemui kegagalan. Menurut beliau oleh sebab itu iPhone untuk tahun 2023 akan terus menggunakan modem 5G keluaran Qualcomm.
Sebelum ini beliau meramalkan Apple akan hanya menggunakan modem Qualcomm pada iPhone bermula 2023. Usaha akan diteruskan oleh Apple untuk membangunkan modem 5G keluaran sendiri selepas mengambil perniagaan modem dari Intel pada tahun 2019. Penggunaan modem Intel beberapa tahun yang lalu mendatangkan isu kerana prestasi 4G yang lebih perlahan berbanding modem keluaran Qualcomm.
Hanya beberapa hari lalu rayuan Apple untuk membatalkan paten modem milik Qualcomm telahpun ditolak mahkamah tinggi Amerika Syarikat. Untuk membangunkan modem sendiri Apple masih perlu membayar lesen kepada Qualcomm jika terdapat teknologi milik mereka.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment