Meta Sedang Uji “Creator Marketplace” – Hubungkan Peluang Berbayar Antara Syarikat Dengan Penerbit Kandungan
Pada hari ini, ramai yang sedia menjana pendapatan dengan melakukan perkongsian berbayar di Instagram. Tetapi, kadang-kala proses untuk berkomunikasi antara penerbit kandungan dan juga seseorang penerbit itu agak sukar.
Bagi mengatasi masalah tersebut, dan juga memudahkan pelbagai urusan, kini Meta sedang menguji sebuah ciri baharu dinamakan “Creator Marketplace”.
Melaluinya, ia akan menghubungkan penerbit kandungan di Instagram bersama pelbagai jenama dan syarikat untuk membolehkan mereka menemui tugasan dan peluang berbayar.
Untuk makluman, TikTok sedia menawarkan ciri lebih kurang sama – dan nampaknya Meta turut melakukan perkara sama pada platform mereka, sekaligus lebih menjaga kebajikan penerbit kandungan pada platform Instagram.
Buat masa ini, ia baru diumumkan Mark Zuckerberg, dan mungkin akan mengambil sedikit masa sebelum ditawarkan secara meluas.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment