Naza Communications Dilaporkan Ingin Membeli Aset U Mobile
Naza Communications, salah satu anak syarikat Naza Corp Holdings kini dilaporkan sedang dalam perbincangan untuk membeli aset milik U Mobile.
Buat masa ini, info berkenaan dengan aset-aset yang akan melalui transaksi masih menjadi tanda tanya. Sebelum ini, pada penghujung tahun lepas, telah hadir laporan mengatakan U Mobile sedang pertimbangkan untuk menjual menara telekomunikasi milik mereka.
Untuk makluman, Naza Communications terrlibat dalam perniagaan berkaitan infrastruktur telekomunikasi. Sekiranya benar Naza mengambil-alih aset milik U Mobile sepenuhnya, maka ia akan memposisikan Naza sebagai antara penyedia infrastruktur terbesar memandangkan U Mobile merupakan syarikat telekomunikasi ke-4 terbesar di Malaysia.
Buat masa ini, kedua-dua pihak tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan perkara ini.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment