Hi! Welcome Back and Stay Tune! Stage Manager iPadOS 16 Terhad Pada iPad Dengan Cip M1 Kerana Model Lain Tidak Melepasi Piawaian - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Stage Manager iPadOS 16 Terhad Pada iPad Dengan Cip M1 Kerana Model Lain Tidak Melepasi Piawaian


Nampaknya dengan kemaskini iOS 16 dan iPadOS 16, semakin banyak ciri dan fungsi menarik menjadi terhad pada model lebih baru atau variasi yang lebih premium. Sebelum ini kami melaporkan yang iPhone 8 dan iPhone X tidak boleh menggunakan semua ciri iOS 16.

Terkini, ada ciri dan fungsi pada iPadOS 16 pula terhad kepada iPad dengan cip M1 sahaja. Ciri ini digelar sebagai Stage Manager. Stage Manager adalah ciri multi-tugasan yang diperkenalkan, di mana banyak aplikasi boleh dijalankan serentak pada iPad. Bukan itu sahaja, jika iPad disambung pada monitor – ia akan menjadi skrin kedua dan kedua-dua skrin monitor dan iPad boleh menjalankan pelbagai aplikasi juga.

Menurut Craig Federighi, ciri ini ada diuji pada model iPad dengan cip Bionic. Namun prestasinya tidak memuaskan dan tidak melepasi standard yang Apple mahukan. Pada iPad dengan cip M1, setiap aplikasi berjalan pada prestasi yang hebat, pantas dan amat responsif. Selain itu, Stage Manager juga dikatakan memerlukan storan besar dan pantas serta sokongan sambungan ke monitor yang fleksibel – di mana terhad pada cip Apple M1 sahaja.

Tidak pasti lagi sama ada adakah Stage Manager akan kekal eksklusif pada iPad dengan cip M1 atau turut akan ditawarkan kepada model iPad lain. Dalam ujian kami, iPad Air dengan iPadOS 16 tidak mempunyai banyak perubahan dan agak kecewa tidak dapat menguji ciri baru ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.