Tarikh Muktamad Untuk Gabungan Celcom-Digi Dilanjutkan Kepada 31 Disember 2022
Axiata dan juga Digi kini bersetuju untuk melajutkan tarikh muktamad perjanjian pergabungan antara Celcom dan juga Digi sehingga ke 31 Disember 2022.
Ini sekaligus memperlihatkan Celcom dan Digi memerlukan masa tambahan untuk menyelesaikan proses pengambil-alihan dan gabungan. Sebelum ini, kedua-dua pihak menyatakan tarikh muktamad adalah pada 21 Jun 2022, tetapi kini dilanjutkan atas persetujuan bersama.
Axiata dan Digi turut menekankan yang mana semua terma dan syarat adalah masih kekal sama, dan hanya tarikh akhir sahaja dilanjutkan.
Pihak SKMM juga seperti masih belum memberikan kata putus berkaitan dengan pergabungan ini sama ada diluluskan atau sebaliknya.
Sebelum ini, Celcom dan Digi telah menyatakan hasrat untuk bergabung, sekaligus membentuk syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment