Hi! Welcome Back and Stay Tune! TM Akan Tamatkan Unifi Community – Minta Pengguna Berkomunikasi Di FB Page - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TM Akan Tamatkan Unifi Community – Minta Pengguna Berkomunikasi Di FB Page


Telekom Malaysia kini mengumumkan mereka akan tamatkan portal Unifi Community pada 22 Julai 2022 kelak. Selepas tarikh berkenaan, portal tersebut tidak lagi boleh diakses, termasuk kandungan padanya.

TM mengatakan langkah ini adalah dalam usaha membolehkan para pengguna untuk terus berinteraksi melalui platform Facebook Page milik Unifi ataupun melalui Twitter.

Ia agak mengejutkan untuk TM menamatkan Unifi Community yang menjadi rujukan ramai, terutamanya komuniti Unifi dalam berinteraksi, bertanyakan sesuatu perkara, mahupun berkongsi tips terbaru. Apatah lagi, TM telah mengintegrasikan login berasaskan Digitalme pada Unifi Community hanya pada tahun lepas.

Dengan langkah ini, ia mungkin menyukarkan perkongsian daripada komuniti Unifi, dan mungkin hanya perlu bergantung pada komen-komen di laman Facebook Unifi. Mungkin juga komuniti akan beralih kepada platform forum pihak ketiga seperti Lowyat untuk kekal berkomunikasi memandangkan pihak TM tidak menyediakan platform perbincangan untuk komuniti pengguna Unifi lagi selepas ini.

Bagi anda, adakah anda akan merindui portal Unifi Community ini selepas 22 Julai 2022 ini?



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.