Hi! Welcome Back and Stay Tune! Turbin Udara Kompak Ini Membekalkan Bekalan Elektrik Ketika Berkhemah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Turbin Udara Kompak Ini Membekalkan Bekalan Elektrik Ketika Berkhemah


Apabila berkhemah sumber tenaga adalah amat terhad dengan ramai membeli pek bateri untuk membekalkan tenaga kepada pelbagai peralatan elektrik yang dibawa. Ini hanya boleh bertahan selama beberapa hari sahaja dan bukan penyelesaian jangka panjang. Shine Turbine yang dikeluarkan oleh Aurea Technologies ialah sebuah turbin udara yang direka untuk mereka yang berkhemah untuk tempoh yang lama.

Turbin elektrik ini bersaiz kecil, mudah dilipat dan hanya seberat 1.4 kilogram. Ia boleh disimpan di poket sisi beg yang biasanya digunakan untuk membawa botol air. Menurut Aurea, bekalan kuasa yang mencukupi untuk tiga telefon pintar boleh dijana dalam masa sejam.

Terdapat pek bateri sebesar 12,000 mAh pada badan Shine Turbine dengan motor elektriknya mampu mengeluarkan ouput kuasa sehingga 40W. Untuk menjana kuasa, ia perlu digunakan dalam situasi udara bertiup antara 13 – 45 km/j. Shine Turbine dijual pada harga RM 1437 sebuah.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.