Unifi Kini Melakukan Naik-Taraf Rangkaian Di Seluruh Negara Untuk Sambungan Lebih Laju – Mungkin Alami Gangguan
Telekom Malaysia kini menyatakan mereka sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan dan juga naik-taraf infrastruktur di seluruh negara. Kerja-kerja ini dilakukan secara berperingkat mengikut lokasi dan kawasan.
Disebabkan oleh itu, kawasan anda mungkin mengalami gangguan. TM mengatakan sekiranya kawasan anda terkesan dan mengalami gangguan, anda akan menerima SMS ke nombor berdaftar.
Pada masa yang sama, TM turut menjanjikan akan membaik-pulih sebarang gangguan dalam masa kurang 24 jam seperti dijanjikan sebelum ini.
Usaha naik-taraf dan penyelenggaraan ini adalah salah satu usaha TM dalam memastikan para pengguna kekal dapat menikmati kualiti dan pengalaman internet yang baik dari TM.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment