Xiaomi Akan Sertakan Sensor Kamera 1-inci Pada Telefon Leica Mereka
Xiaomi telah pun sedia mengumumkan bakal memperkenalkan Xiaomi 12S Ultra, yang bakal menjadi telefon pertama dengan sokongan teknologi kamera Leica.
Berkongsi lanjut hari ini, Xiaomi berkongsi mengatakan Xiaomi 12S Ultra akan menjadi yang pertama daripada mereka menggunakan sensor kamera bersaiz 1-inci, menggunakan sensor Sony IMX989.
Untuk makluman, sebelum ini Sony sedia memperkenalkan telefon dengan sensor kamera bersaiz 1-inci melalui Xperia Pro-i yang dijual pada harga RM7199 di Malaysia.
Buat masa ini, Xiaomi masih belum berkongsi berkenaan resolusi rakaman yang akan ditawarkan oleh sensor ini. Penggunaan sensor besar ini sendiri menjanjikan rakaman dengan pencahayaan lebih baik, termasuk sokongan pemfokusan pantas.
Xiaomi bakal memperkenalkan Xiaomi 12S Ultra ini pada 4 Julai kelak. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan tarikh pengenalan berkenaan untuk mengetahui lanjut berkenaan penawaran Xiaomi ini.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment