5.4 Juta Data Pengguna Twitter Bocor, Penggodam Ingin Jual Pada Harga RM133 Ribu
Isu privasi dan sekuriti akaun media sosial bukannya perkara yang remeh. Ia perlu dipandang serius, kerana di zaman yang hidup bergantung kepada Internet – banyak data peribadi manusia tersimpan di awanan.
Januari lalu, Twitter mengalami kerentanan sekuriti yang menyebabkan kebocoran data pengguna. Walaupun pihak Twitter telah membaiki isu ini, penggodam telah berjaya memperoleh 5.4 juta data pengguna Twitter yang merangkumi nombor telefon dan alamat emel.
Kerentanan sekuriti yang berlaku Januari lalu membolehkan sesiapa sahaja mencari Twitter ID dengan nombor telefon atau emel. Ia adalah satu sistem pengenal pasti yang digunakan oleh Twitter dan walaupun pengguna telah mengehadkan carian melalui nombor dan alamat emel – kerentanan sekuriti ini boleh melepasinya.
5.4 juta pengguna ini merangkumi selebriti, orang ternama, akaun yang sudah disahkan dengan tanda calit biru dan ramai lagi. Penggodam yang tidak bertanggungjawab ini ingin menjual data-data ini pada harga tidak kurang $30,000 iaitu sekitar RM133,560.
Buat masa ini masih tiada cara untuk tahu, sama ada adakah akaun Twitter anda selamat atau tidak. Untuk keselamatan, aktifkan pengesahan dwi-faktor atau gunakan pengesahan dwi-faktor dengan kunci fizikal.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment