Hi! Welcome Back and Stay Tune! Data 1 Bilion Warga China Dijual Pada Harga Hanya RM892,000 Di Pasaran Gelap - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Data 1 Bilion Warga China Dijual Pada Harga Hanya RM892,000 Di Pasaran Gelap


Berapakah nilai data anda. Berdasarkan apa yang berlaku ke atas data milik 22.5 juta rakyat Malaysia yang digodam tempoh hari, nilainya adalah sekitar $10 ribu sahaja. Kini data yang didakwa milik 1 bilion warga China yang digodam dijual di pasaran gelap pada harga 10 BTC (~RM892,000) sahaja.

Penggodam yang menggunakan nama ChinaDan mendakwa data diperoleh selepas pangkalan data Polis Shanghai berjaya diakses oleh beliau. Saiz keseluruhan data ialah 22 TB mengandungi nama sebenar, alamat, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan berbilion rekod jenayah. Menurut beliau lagi data digodam dari storan awanan AliBaba Cloud.

Kerentaann yang amat serius ini pastinya merisaukan kerana China mempunyai 1.4 bilion penduduk dan lebih 70% data peribadi kini dijual pada harga yang amat rendah – $ 0.000892 sekepala.

Beberapa kes godam di China sebelum ini berjaya mendedahkan kewujudan kem tahanan warga Uighur lengkap dengan rekod penahanan, gambar tangkapan dan ribuan bukti video kekejaman ke atas golongan minoriti etnik ini walaupun dinafikan oleh Beijing.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.