Hi! Welcome Back and Stay Tune! G-Shock GMW-B5000TVB Dilancarkan Dengan Tubuh Dan Tali Titanium Pada Harga RM7650 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

G-Shock GMW-B5000TVB Dilancarkan Dengan Tubuh Dan Tali Titanium Pada Harga RM7650


Jam tangan Casio G-Shock GMW-B5000TVB telah dilancarkan di Malaysia dan ia adalah agak unik kerana bahagian tubuh dan tali jam adalah diperbuat daripada bahan titanium sepenuhnya. Secara lazimnya jam tangan G-Shock menggunakan bahan getah pada tubuh dan silikon pada tali.

Untuk membuatkan G-Shock GMW-B5000TVB semakin unik ialah ia mempunyai rekaan celoreng digital tiga warna hitam, kelabu dan coklat. Saiz tubuh adalah 49.3mm dan ia turut dilengkapi panel kristal nilam untuk muka jam. Jam boleh dicas menggunakan solar dengan ia boleh bertahan sehingga 10 bulan walaupun di dalam gelap ataupun 22 bulan dengan mod penjimatan tenaga.

Ciri standard ketahanan dibawa menyelam sehingga 200 meter, tahan hentakan, jam randik, 39 zon masa, sistem lampu Illuminator LED dan ia boleh ditambat ke telefon pintar menggunakan bluetooth. Paparan masa juga boleh diubah secara automatik menggunakan sistem frekuensi radio.

Di Malaysia Casio G-Shock GMW-B5000TVB dijual pada harga RM7650 seutas menerusi laman rasmi G-Shock.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.