Gurman – Apple AirPods Pro 2 Mungkin Tidak Menyokong Ciri Mengesan Nadi
Sebelum ini, telah kami laporkan yang Apple AirPods Pro 2 mungkin akan menggunakan USB-C berbanding AirPods Pro sebelum ini yang menggunakan sambungan Lightning. AirPods Pro generasi baharu ini turut dikhabarkan akan hadir dengan sokongan memantau kesihatan pengguna dengan kemampuan mengesan nadi dan membaca suhu tubuh pengguna.
Terkini daripada Mark Gurman melalui Power On, Apple berkemungkinan besar tidak akan menyertakan ciri mengesan nadi dan membaca suhu pengguna pada AirPods Pro 2. Ciri ini walaupun sudah dipertimbangkan oleh Apple, tetapi ia mungkin hanya akan diimplementasikan pada AirPods generasi lain dan bukannya AirPods Pro 2 yang dijangka akan dilancarkan pada tahun ini.
Set fon telinga nirwayar dengan ciri mengesan nadi serta kemampuan memantau kesihatan pengguna bukannya sesuatu yang baru. Samsung pernah hadir dengan TWS yang mempunyai ciri ini, Amazfit juga begitu. Namun ia tidak mempunyai prestasi yang baik serta saiz yang kompak.
Pada pendapat saya, jika Apple ingin hadir dengan AirPods dengan ciri ini ia mungkin akan diperkenalkan di bawah siri baharu atau pada Beats terlebih dahulu. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan sahaja perkembangan lanjut mengenai AirPods Pro generasi baharu ini.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment