Jepun Perlihatkan Projek Graviti Buatan Untuk Kehidupan Di Bulan Dan Marikh
Dengan perkembangan eksplorasi angkasa, pelbagai pihak menyasarkan pelancongan angkasa, disamping penempatan di Bulan dan juga planet Marikh. Tetapi, seperti semua sedia maklum, persekitaran di angkasa adalah berbeza, terutamanya dari segi tarikan graviti untuk memudahkan manusia bergerak, atau membina penempatan.
Bagi tujuan tersebut, kini sebuah firma di Jepun bekerjasama dengan Universiti Kyoto dalam memperlihatkan projek pembangunan penempatan dengan menyertakan graviti buatan.
Melalui idea awal yang diperlihatkan, pengkaji dan para saintis Jepun ini memperlihatkan binaan berbentuk kon, dan ia berputar dalam menjana daya seumpama tarikan graviti di Bumi.
Tarikan graviti merupakan salah satu komponen utama dalam membolehkan manusia atau kehidupan lain hidup dengan baik di planet lain. Ia juga akan memudahkan penghasilan semula, dan bayi yang lahir sihat serta mesra untuk hidup di Bumi dan planet berkenaan. Graviti juga dijangka akan memainkan peranan penting dalam membolehkan mereka yang ke planet lain, kembali ke Bumi selepas sesuatu misi di angkasa.
Dengan projek yang dibentangkan ini, pengkaji di Jepun menyasarkan untuk cuba membina versi awal fasiliti ini di Bulan menjelang 2050 kelak.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment