Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rusia Menghentikan Kerjasama ISS Bermula 2024 Untuk Membina Stesen Angkasa Sendiri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rusia Menghentikan Kerjasama ISS Bermula 2024 Untuk Membina Stesen Angkasa Sendiri


Ketegangan antara Rusia dan negara-negara Barat memuncak selepas mereka menyerang Ukraine pada Februari lalu. Pelbagai sekatan teknologi dan perdagangan dikenakan ke atas Rusia bagi memaksa mereka menghentikan serangan tetapi sehingga kini masih gagal. Kerana pelbagai sekatan yang dikenakan, Rusia mengesahkan mereka tidak akan meneruskan kerjasama menguruskan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) selepas perjanjian tamat pada tahun 2024.

Agensi angkasa Rusia ROSCOSMOS sebaliknya akan menumpukan perhatian untuk membina stesen angkasa mereka sendiri selepas tarikh tersebut. Modul ISS milik Rusia adalah penting untuk operasi harian kerana ia mengandungi sistem roket yang menolaknya semula ke orbit sebulan sekali.

Rusia akan mengambil langkah yang sama seperti China yang baru sahaja berjaya menyambungkan dua modul stesen angkasa Tiangong mereka minggu ini. Teknologi yang dibangunkan Rusia digunakan China untuk keperluan mereka. Oleh itu tidak mustahil untuk Rusia turut melakukan perkara yang sama.

Pada tahun 2030 ISS operasi stesen angkasa akan dihentikan dan pada tahun 2031 pula ia akan dikuburkan di Lautan Pasifik. Sebuah kawasan yang diberi nama Point Nemo akan menjadi tempah sisa ISS berkubur selepas ia dinyahorbit secara kawalan jauh. Tiada isu bahaya kepada penduduk bumi kerana Point Nemo terletak 2687 km dari kawasan berpenduduk.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.