Xiaomi Diperkatakan Sedang Membangunkan Telefon Dengan Kamera 200MP
Nampaknya bukan sahaja Motorola sedang membangunkan telefon dengan kamera bersensor 200MP. Mengikut desas-desus terbaru, ia dikatakan pengeluar terkemuka dari China, Xiaomi turut sedang menyiapkan sebuah telefon dengan kamera bersensor 200-megapixel.
Buat masa ini, ia tidak diketahui apakah model yang akan hadir dengan sensor tersebut.
Telefon sama turut dijangka dilengkapi cip Snapdragon 8+ Gen 1, menawarkan skrin pada kadar segar semula 120Hz, serta bateri 5000mAh.
Dipasaran pada hari ini, pihak Samsung sedia menawarkan sensor kamera 200-megapixel mereka – yang mungkin digunakan oleh Motorola dan Xiaomi pada penawaran mereka.
Dengan kerjasama Xiaomi bersama Leica, selain pembangunan cip tersendiri untuk pengimejan, semestinya ramai yang kini menantikan telefon 200MP mereka ini.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment