AEON : 38,396 Kad VISA Dan Mastercard Disyaki Terkesan Dengan Kebocoran iPay88
Bank Negara Malaysia baru-baru ini telah memaklumkan kepada umum berkenaan dengan kebocoran data melibatkan iPay88, pada sistem kad pembayaran pada platform tersebut. Ini membuatkan sejumlah pengguna terdedah kepada risiko kad mereka mungkin disalah guna pihak tidak bertanggungjawab.
Selari dengannya, beberapa pihak telah mula memaklumkan pengguna. Sebelum ini Kiple telah memaklumkan pengguna kad prabayar VISA mereka.
Terbaru, AEON turut telah memaklumkan pengguna berkenaan perkara ini melalui penghantaran SMS kepada pelanggan terlibat. AEON turut berkongsi data, mengatakan mereka telah dimaklumkan oleh penyedia kad VISA dan Mastercard, yang mana 38,396 kad disyaki telah bocor melalui penyedia perkhidmatan pembayaran tersebut.
Semua kad berkenaan dipantau transaksi untuk sebarang transaksi yang mencurigakan.
AEON turut membatalkan kad pengguna terlibat, dan mengatakan akan menghantar kad baharu sebagai ganti. Perkara ini, selari dengan arahan pihak BNM sebelum ini.
Bagi para pengguna, anda dinasihatkan untuk memantau transaksi perbankan anda sekiranya terdapat sebarang transaksi yang mencurigakan atau bukan dilakukan anda.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment