Amazon Mengambil-Alih iRobot – Pembangun Barangan Robotik Dalam Pembersihan Rumah
Amazon meneruskan fokus mereka dalam arena robotik dan kemudahan dalam rumah, dan kini mengumumkan akan mengambil-alih iRobot.
iRobot merupakan salah satu syarikat yang terkenal dengan penawaran robot Roomba dalam membantu membersihkan dan vakum rumah.
Amazon akan mengambil-alih iRobot pada nilai $1.7 bilion.
Buat masa ini, Amazon tidak menyatakan apakah perancangan mereka dengan iRobot. Untuk makluman, Amazon sedia meliputi rumah di beberapa negara melalui penawaran kemudahan tempahan edagang, selain penggunaan robot seperti Alexa dalam memudahkan tugasan. iRobot ini akan melengkapkan lagi portfolio Amazon dalam membantu memudahkan kerja harian orang ramai, disamping memastikan rumah dalam keadaan teratur.
Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan apakah langkah Amazon seterusnya dalam arena roboot dalam rumah.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment