Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Meraikan Hari Lahir Tokoh Budayawan Melayu, Azah Aziz Dengan Doodle Khas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Meraikan Hari Lahir Tokoh Budayawan Melayu, Azah Aziz Dengan Doodle Khas


Azah Aziz atau nama sebenarnya Sharifah Azah Mohammad Alsagoff, satu nama yang tidak asing dalam bidang kajian budaya berkaitan tekstil dan busana tradisi Melayu. Beliau digelar Tokoh Budayawan Melayu kerana minatnya yang mendalam terhadap budaya, seni dan tekstil.

Sehingga kini, beliau juga dikatakan telah memiliki lebih 100 jenis koleksi pakaian warisan yang merangkumi baju kurung, baju melayu dan kebaya yang diwarisi dan dibelinya. Dalam pada itu, beliau juga merupakan salah seorang perintis wartawan wanita di Malaysia dan antara individu yang terawal memperjuangkan hak serta nasib wanita.

Bersempena dengan ulang tahun kelahiran beliau yang ke-94, Google Doodle khas bagi memperingati kehidupan dan kerjaya beliau telah dihasilkan. Anda boleh melihat Doodle ini pada halaman carian Google hari ini. Pada masa sama, Google turut memuat naik beberapa video klip eksklusif perkongsian oleh Tan Sri Dr. Zeti Aziz yang merupakan anak perempuan beliau dan Yang Mulia Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.