Hi! Welcome Back and Stay Tune! Grab Dan Foodpanda Tubuh Perikatan Di Singapura – Ingin Corak Garis Panduan Untuk Pekerja Gig - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Grab Dan Foodpanda Tubuh Perikatan Di Singapura – Ingin Corak Garis Panduan Untuk Pekerja Gig


Grab, Foodpanda dan juga Deliveroo, tiga syarikat yang terlibat dengan perkhidmatan penghantaran makanan di Singapura, kini membentuk sebuah perikatan baharu, dinamakan Digital Platforms Industry Association.

Melalui kesatuan ini, mereka mengatakan ingin membantu dalam mencorak dan membentuk garis panduan yang melindungi kesihatan dan keselamatan pekerja khidmat penghantaran di Singapura.

Seperti ramai sedia maklum, pelbagai kerajaan di seluruh dunia sedang melihat dalam mengawal-selia industri pekerja gig, sekaligus melindungi kebajikan para pekerja dibawah platform tersebut – yang sering kali tidak diiktiraf sebagai pekerja, dan tidak mempunyai sejumlah perlindungan seperti pekerja sepenuh masa.

Dengan langkah awal ini, perikatan ini mungkin berhasrat dapat mengambil langkah awal sebelum kawal selia dilakukan, selain turut mempengaruhi pihak kerajaan apabila ia berkaitan dengan pekerja gig. Perikatan ini juga menyasarkan untuk berkolaborasi dengan industri dan juga kerajaan dalam bulan-bulan akan datang.

Sumber : Bloomberg


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.