Khazanah Berkongsi Kenapa Mereka Tidak Melakukan Pelaburan Awal Ke Grab
Salah satu perkara yang sering dipersoalkan ramai adalah berkenaan dengan mengapa Khazanah tidak melabur pada Grab.
Kini, melalui temuramah bersama CNBC, pihak Khazanah berkongsi yang mana fokus mereka adalah pelaburan bersaiz besar, dan tidak terus ke sesuatu syarikat pemula atau startup. Disebabkan oleh itu, Khazanah tidak melakukan sebarang pelaburan awal ke Grab.
Khazanah mengatakan mereka kebiasannya menguruskan pelaburan bersaiz besar. Pelaburan VC (Venture Capital) bukan sesuatu yang dilakukan Khazanah, dan bukannya kepakaran mereka.
Walaubagaimanapun, Khazanah mengatakan mereka turut menyalurkan dana pelaburan ke dana VC yang mana seterusnya akan melabur ke beberapa syarikat. Ini sekaligus akan membuatkan keputusan pelaburan dilakukan firma yang menguruskannya. Melalui ruangan ini, Khazanah sedia melabur pada Uber pada peringkat awal, iaitu pesaing kepada Grab.
Walaupun pelaburan tidak dilakukan oleh Khazanah, Grab pada peringkat awal, ia telah menerima suntikan dana daripada pihak Cradle ketika ia dikenali sebagai MyTeksi.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment