NVIDIA Kini Mempunyai Isu Lambakan GPU Siri RTX3000
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, isu kekurangan GPU di pasaran mengakibatkan ia sukar dibeli dan jika dijual sekalipun pada harga yang lebih mahal berbanding harga saranan yang ditetapkan oleh pengeluar. Ini disebabkan oleh kekurangan cip dan GPU diborong oleh pelombong kripto.
Tetapi dalam laporan kewangan untuk suku kedua 2022 yang diumumkan minggu ini, Jensen Huang yang merupakan CEO syarikat mengumumkan mereka kin mempunyai lebihan inventori GPU siri GeForce RTX3000. Permintaan untuk komponen PC yang kembali menurun pasca pandemik dan nilai kripto yang menjunam.
Oleh itu NVIDIA akan mula melakukan pengurangan harga untuk siri RTX3000 sebelum siri RTX4000 dilancarkan dalam masa terdekat. Ini pastinya berita baik bagi mereka yang menantikan harga GPU lebih murah dan penyelesaian isu kekurangan stok produk NVIDIA nampaknya akan berakhir.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment