Hi! Welcome Back and Stay Tune! Poco M4 5G Akan Ditawarkan Di Malaysia Bermula Minggu Ini – Harga RM699 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Poco M4 5G Akan Ditawarkan Di Malaysia Bermula Minggu Ini – Harga RM699


Poco kini menambah satu lagi penawaran telefon pintar baharu untuk pasaran tempatan, iaitu Poco M4 5G. Melalui penyenaraian di Shopee, Poco mengatakan akan menjualnya bermula 18 Ogos ini, pada harga bermula RM649 untuk model 4GB RAM + storan 64GB.

Poco M4 5G merupakan peranti berspesfikasi pertengahan, dan menyasarkan mereka yang inginkan telefon 5G pada harga lebih mampu.

Poco M4 5G hadir dengan skrin 6.58-inci FHD+ dengan ruangan bertakuk di skrin hadapan, dilengkapi cip MediaTek Dimentisy 700, memori dengan pilihan 4GB dan 6GB RAM, serta ruangan storan dengan pilihan 64GB dan 128GB.

Poco M4 5G menyertakan dwi-kamera belakang gabungan 13MP + 2MP kedalaman, selain kamera hadapan 5MP. Untuk bahagian bateri, ia dilengkapi bateri 5000mAh dengan pengecasan 18W.

Poco M4 5G menjalankan MIUI 13 for Poco berasaskan kepada Android 12. Poco Malaysia menyenaraikan ia pada harga bermula RM699 untuk model 4GB RAM, sementara RM899 untuk model 6GB RAM. Apa pun, sempena pelancaran, kedua-dua model ini boleh didapati pada harga masing-masing RM649 dan RM799 pada 18 hingga 24 Ogos 2022 ini.

Untuk makluman, produk ini akan dihantar dari China, tetapi Poco menyatakan ia menerima sokongan jaminan selama setahun di Malaysia.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.