Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rocket Lab Ingin Lancar Misi Ke Planet Zuhrah Dalam Mencari Kehidupan Di Planet Tersebut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rocket Lab Ingin Lancar Misi Ke Planet Zuhrah Dalam Mencari Kehidupan Di Planet Tersebut


Pada hari ini, beberapa misi sedang berjalan di planet Marikh dalam mengenali lebih dekat planet ke-4 dari sistem suria. Selain daripadanya, kini salah satu syarikat swasta, Rocket Lab turut berhasrat melancarkan misi ke planet Zuhrah dalam usaha mencari kehidupan di planet tersebut.

Mengikut perancangan awal, misi ini dijangka dilancarkan sekitar Mei 2023 kelak, dan ia mungkin mencapai Planet Zuhrah sekitar Oktober 2023. Sebaik sahaja di sana, sebuah prob kecil seberat 20 kilogram akan dilepaskan ke atmosfera planet tersebut.

Ia seterusnya dijangka akan terbang di atmosfera selama 5 minit 30 saat, sebelum turut ke permukaan planet tersebut. Segala data yang dihimpunkan dan dipancarkan kembali ke Bumi dijangka akan membantu dalam lebih memahami sistem suria, serta bagaimana keadaan sesuatu planet. Zuhrah adalah planet kedua dari matahari.

Apa yang menariknya mengenai misi yang dirancang ini adalah ia dilakukan dan dana adalah dari pihak swasta sepenuhnya dalam mengekplorasi planet-planet baharu di sistem suria.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.