Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Dilaporkan Mengurangkan Pengeluaran Peranti Di Kilang Vietnam Kerana Permintaan Peranti Menurun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Dilaporkan Mengurangkan Pengeluaran Peranti Di Kilang Vietnam Kerana Permintaan Peranti Menurun


Beberapa data dari penganalisa pasaran menunjukkan jualan peranti di China, India, Amerika Syarikat dan Eropah jatuh pada suku yang lalu. Ini adalah kerana impak ekonomi yang sedang bermasalah serta pandemik yang masih belum berakhir. Terkini Reuters melaporkan Samsung telah mengurangkan pengeluaran peranti mereka di kilang yang terletak di Vietnam.

Sumber dalaman mengatakan pengeluaran direndahkan kerana permintaan untuk peranti yang berkurangan di peringkat global. Kilang di Vietnam adalah antara yang terbesar milik Samsung dengan ia mengeluarkan sehingga 100 juta peranti setahun.

Sebelum ini telah dilaporkan Samsung mempunyai lambakan inventori 50 juta telefon pintar yang masih belum terjual. Ini adalah masalah yang dihadapi oleh bukan sahaja Samsung tetapi juga pengeluar lain. Di China misalnya jualan peranti turun sehingga 20% kerana langkah Covid Sifar yang dilakukan menyebabkan seluruh bandar dikuarantin menyebabkan perniagaan terjejas teruk.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.