Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wayang Kulit Animatronik Persembahkan Warisan Malaysia – Bersama Sokongan Teknologi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wayang Kulit Animatronik Persembahkan Warisan Malaysia – Bersama Sokongan Teknologi


Wayang Kulit sememangnya antara karya yang cukup dekat dengan budaya warisan Malaysia. Istilah wayang yang membawa erti ‘bayangan’ itu telah dibentuk untuk menterjemahkan pelbagai kisah rakyat disebalik layar kain putih buat pengajaran para penonton. 

Akan tetapi peranan penceritaan yang dikendalikan Tok Dalang ini bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dibentuk dalam generasi baharu – memahami ketirisan itu Ahnaf Hakimi, graduan Ijazah Sarjana Muda Seni Halus dan Sarjana Instruksi Multimedia Universiti Sains Malaysia (USM) tampil dengan idea teknologi robotiknya menghasilkan Wayang Kulit Animatronik (WKA) buat tatapan umum.

Ini bermakna menerusi penerapan sepenuhnya secara robotik – ia sekaligus tidak memerlukan kehadiran secara fizikal Tok Dalang, kumpulan muzik, serta pasukan sokongan dalam pengendalian pentas wayang kulit fizikal. Malah karakter wayang kulit juga turut dihasilkan menggunakan cetakan 3D dan segalanya digerakkan menggunakan sistem kawalan automatik. 

Untuk makluman, kumpulan Ahnaf mengambil masa selama setahun dan peruntukan sekitar RM30,000 kos untuk menjayakan projek ini sebelum bersedia mempamerkannya kepada tatapan umum, dan pihaknya akui diawalkan pembangunan projek terdapat isu teknikal berbangkit namun isu tersebut berjaya diselesaikan dari semasa ke semasa.

Maka melalui pendekatan wayang kulit secara robotik ini, penulis melihat ia tidak sekadar mengehadkan tenaga kumpulan dalam menjayakan karya ini tetapi turut ingin menggalakkan generasi baharu dan pelancong dapat memahami serta menikmati warisan Malaysia dengan lebih mudah, bersama sokongan teknologi.

Bagi anda yang ingin menyaksikan keunikan persembahan Wayang Kulit Animatronik ini, jangan lepaskan peluang untuk menontonnya di DagByFilamen Kedai KL, Mahsa Avenue sehingga 4 September ini pada setiap hari bagi setiap jam 10 pagi sehingga 6 petang.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.