Hi! Welcome Back and Stay Tune! WhatsApp Hadir Dengan Ciri Privasi Baharu – Halang Tangkapan Layar Dan Keluar Group Dengan Senyap - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

WhatsApp Hadir Dengan Ciri Privasi Baharu – Halang Tangkapan Layar Dan Keluar Group Dengan Senyap


WhatsApp adalah perkhidmatan pemesejan yang dimiliki oleh Meta. Ia cukup popular di kalangan orang ramai dan boleh dikatakan adalah satu platform pemesejan lalai yang digunakan oleh semua.

Walaupun pernah dikecam kerana isu privasi, WhatsApp tidak pernah berhenti hadir dengan ciri baharu untuk melindungi pengguna mereka serta agar pengguna kekal setia.

Terkini, WhatsApp telah hadir dengan tiga ciri privasi baharu yang pasti akan digunakan oleh orang ramai.

Pertama adalah kawalan status aktif di atas talian. Pengguna kini boleh menetapkan siapa yang boleh dah tidak boleh lihat status atas talian. Ciri ini boleh digunakan jika seseorang pengguna tidak ingin diganggu dan hanya inginkan masa bersendirian atau untuk fokus pada kerja.

Kedua adalah menghalang kemampuan tangkapan layar pada ciri tonton sekali atau View Once. Ini bermakna setiap kali anda hantar imej kepada sesiapa dalam mod tonton sekali, penerima tidak boleh mengambil tangkapan layar dan fail media tadi akan terus terpadam secara automatik.

Akhir sekali adalah ciri keluar dari sesuatu WhatsApp Group dengan senyap. Tiada lagi notifikasi akan dipaparkan dalam bilik sembang memberitahu seseorang pengguna telah keluar. Notifikasi hanya akan diberikan kepada pentadbir WhatsApp Group sahaja.

Ciri ini akan diedarkan dalam satu kemaskini WhatsApp untuk pengguna Android dan iOS. Perhatikan kemaskini baharu melalui Google Play Store atau Apple App Store melalui peranti masing-masing.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.