Hi! Welcome Back and Stay Tune! Fujifilm X-H2 Dilancarkan Dengan Sensor 40.2MP Dan Rakaman 8K/30p ProRes - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Fujifilm X-H2 Dilancarkan Dengan Sensor 40.2MP Dan Rakaman 8K/30p ProRes


Kamera nircermin Fujifilm X-H2 dilancarkan sebagai kamera APS-C pertaam dunia dengan kemampuan rakaman video 8K/30p ProRes. Ia dilengkapi sensor 40.2MP CMOS 5 HR X-Trans yang dipadankan dengan cip pengimejan X-Processor 5 serta sistem penstabilan IBIS 5 paksi.

Video pada resolusi 8K/30p ProRes boleh dirakam sehingga 30 minit untuk setiap sesi. Tetapi Fujifilm menjual aksesori kipas penyejuk yang membolehkan rakaman video tanpa had sehingga storan penuh dilakukan. Kamera boleh mengambil 40 bingkai sesaat dengan AF dan AE atau 30 bingkai sesaat sehingga 1000 gambar secara berterusan.

Ciri Pixel Shift Multi-Shot membolehkan kamera mengambal gambar berasingan yang kemudiannya digabungkan menjadi gambar besar 160 MP secara automatik. Selain RAW dan JPEG, format gambar HEIF juga boleh digunakan oleh pemilik X-H2.

Terdapat sebuah EVF sebesar 0.5″ dengan 5.76 juta titik di belakang bersama dengan skrin sesentuh 3″ yang boleh diubah sudut penggunaannya. Sistem kad memori yang disokong ialah CFExpress Type B dan UHS-II SD. Kamera turut mempunyai kemampuan kalis air. Harga jualan Fujifilm X-H2 ialah $1,999.95 (~RM8996) badan sahaja dan $2,499.95 (~RM11,245) dengan lensa XF16-80mmF4 R OIS WR.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.