Google Pixel 7 Dan 7 Pro Akan Menggunakan Cip Tensor G2
Bukan lagi misteri baharu Google Pixel 7 dan Google Pixel 7 Pro akan dilancarkan pada 6 Oktober ini dalam acara khas Made by Google. Ini disahkan sendiri oleh Google awal pagi tadi. Tetapi menarik sekali laman acah untuk kedua-dua peranti mercu ini juga telah dikemaskini oleh Googe mengesahkan bawah cip Google Tensor G2 bakal digunakan.
Cip yang sekali lagi dibangunkan dengan kerjasama Samsung ini tertiris sebelum ini dengan ia dihasilkan menerusi teknologi 4nm seperti Snapdragon 8+ Gen 1. Menarik untuk melihat sama ada Tensor G2 mampu memberikan persaingan kepada Snapdragon 8+ Gen 1 dan Apple A16 Bionic kelak serta apakah ciri unik yang disertakan padanya.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment